Jumaat, 27 Februari 2009

Lubuk Timah

Mesti korang sume tak tau yang kat simpang pulai ada air terjun.Bagi yang duduk di sekitar simpang pulai mesti tau tempat tersebut.Tapi bagi mereka yang belum tau,aku akan bagi tau kat mana lubuk timah ni.Pada mulanya aku sendiri tak percaya yang kat simpang pulai ada air terjun.Kawasan lubuk timah ni mempunyai pemandangan yang cantik.Ia bermula pada abad ke 20 lagi.Kira baru lagi la.Mempunyai banyak air terjun.Disamping itu juga ada kolam air panas.Yang menjadi masalah nya,ada satu kawasan sahaja yang ada air panas.Kuasa tuhan.Pencipta yang maha esa.

Kalau kita nak pergi tempat tersebut,kita hanya perlu ikut jalan ke Cameron Highland dari simpang pulai.Lebih kurang 15KM kita akan nampak satu signboard ke lubuk tersebut.Signboard tersebut berada di sebelah kiri kita.Tapi bagi yang baru hendak ke tempat tersebut mesti tidak perasan signboard tu berada.hahaha.Kerana yang boleh aku katakan yang signboard tu kesian.Jalan masuk ke dalam agak mencabar.Kerana belum ada jalan berturap(jalan tar).Kalo naik 4wd.memang sangat cantik la.Parking macam biasa.Motor Rm0.50 kereta Rm1.00.Setiap hari di buka kepada semua lapisan masyarakat.

Papahal kepada korang yang nak pergi tempat tu contact la aku tak pon ustat(hafyzul).

Berkemungkinan besarlah,kalau tiada halangan.minggu ni sekali lagi kami serumah akan pergi semula.Untuk menikmati air panas nya.huhuhu..best

Sony Alpha 200W

Kawan-kawan ku sekalian.Ini la camera DSLr idaman yang aku cakapkan kat korang sume.Aku malas nak crita banyak.Di bawah ni aku listkan Specification dia.

Specification
-Rm2090*
-2 lense (18-70)-(70-300)
-Digital SLR camera with built-in flash and interchangeable lenses
-Sony α lenses, Minolta and Konica Minolta AF lenses
-23.6 x 15.8mm (APS-C type) with primary colour filter
-Total: 10.8 megapixels; Effective: 10.2 megapixels
-Charge protection coating on low pass filter and image-sensor shift mechanism
-Auto, ISO 100 to 3200 (in 1-stop increments, Recommended Exposure Index)
-Compact Flash (Type I & II), Microdrive, *Seperately sold "Memory Stick Duo Adaptor for Compact Flash slot AD-MSCF1" is required for Memory Stick Duo, Memory Stick PRO Duo, Memory Stick PRO-HG Duo
-FAT 12, 16, 32
-sRGB, Adobe RGB
-Standard, Fine, RAW, RAW+JPEG
-Long Exposure: Available at shutter speeds longer than 1 sec. High ISO: available at the ISO set to 1600 or above
-Standard, Vivid, Adobe RGB, Portrait, Landscape, Sunset, Night view, B/W
-Automatic, Preset (Daylight, Shade, Cloudy, Tungsten light, Fluorescent light, Flash), Colour Temperature (2500 - 9900k with 19-step Magenta / Green compensation), custom
-2.7-inch (100% field of view), 230,400-dot TFT, hybrid type (Clear Photo LCD)
-Focus areas selection (wide area / 9-point local frame selection / fixed centre spot focus), predictive focus for moving subjects, focus lock
-1/4000 sec. -30 sec., bulb


"Ape macam..ok tak pendapat pasal camera ni"

Bengang + Penat = Kerja tak siap

Baru baru ini aku telah mendapat satu project mega jugak la bagi aku.aku and da geng kena wat montage and video slide untuk sambutan maulidur rasul untuk negeri perak.Besar kot.Mana nya tak..Sultan Perak turun kot.So tugasan tu telah diberikan kepada aku dan kengkawan.Hafyzul(rakan serumah) yang telah memberi nama kami untuk membuat project ini.Aku tanpa segan silu trima job ni.Yelah kami nak cuba market kat ipoh ni...

Bermula la sesi develop montage ni.Aku telah di tugas untuk membuat montage.(Padahal aku yang nak sangat wat montage ni).Sebelum aku start wat montage ni aku telah berbincang dengan Pn.Bisyaarah(lecturer kami).Aku cadang kat lecturer kami untuk wat montage ni guna video.Dia pun stuju.So aku pun wat la.Makan masa 2 hari untuk menyiapkan nya.

Yang menjadi bengang nya,bila aku dah submit yang 50% diorang tak suka.Aku dah kata benda tak siap lagi.Diorang suruh pakai Flash untuk wat montage ni.Tapi dalam kes ni Pn.Bisyaarah tak bersalah .Bagi aku ni suma salah En.Shazli(lecturer kami jugak).Tugas Shazli nie tengok design.Mungkin bagi dia terlalu simple.Yelah mana tak simple,baru siap 50%.memang tak lawa la.So aku terpaksa buat semula menggunakan flash.Aku tak tau la sama ada sempat atau tidak untuk aku siapkan.Due date rabu minngu depan.Dah la Final Project tuk praktikal aku tak siap lagi.Lepas tu time aku wat montage guna video tu time aku ade MCP(rujuk artikal di bawah).Erm....Penat sial..

"Harap2 aku dapat selesaikan dua kerja nie dengan baiknya"

Khamis, 26 Februari 2009

MCP

Akhirnya tamat juga pengambaran di Gunung rapat.Penat wa cakap sama lu.Angkat kamera,tripot,cabel.yang paling berat benda denda untuk mcp.

So apa itu mcp?.Pada mula nya aku pun tak tahu.Tapi aku keraskan kepala tebalkan muka, aku pergi la tanya apa benda nya mcp.So mcp tu membawa maksud Multi Cabel Production.Tu yang Supervisor aku cakap la.Tak tau la betul ke tak.So time shooting baru baru ni kami bertiga (aku , sopi , zul)berpeluang join mcp.Pengambaran di adakan di SMK Gunung rapat, ipoh perak.Tak jauh mana pun dari bandar ipoh.pengamabaran berlangsung selama 3 hari.Tapi tak tidur sana.Pada hari tersebut kami terpaksa membuat 2 rakaman untuk sekolah mereka. Satu pasal E-video conference antara SMK Gunung rapat dan sekolah kat Australia. Jauh tu Australia.Yelahkan SMK Gunung Rapat ni cluster school.Tu hari first.Hari second kami berpindah barang ke kelas.Tapi hari tu setting and setup barang je.Hari ketiga baru e-classroom between SMK Gunung Rapat dan Sekolah kat Australia.

Sebenarnya mcp ni seronok.Yelah banyak kite leh belajar.Antaranya

-Cara nak guna camera dengan sempurna.
-berlajar dengar arahan.
-dapat tengok orang pasang cabel (yelah tak tau nak pasang camne.)
-tolong angkat barang.
-dapat belajar cara nak guna swicther.
-dapat ushar awek sekolah (hahahaha).
-Kene perli,dipermainkan macam budak bodoh.
-dapat makan free.

Benda-benda ni semua mana kita leh belajar kat KOLEJ.Kolej tak akan pernah ada barang-barang tu.
Setakat handycam.Boleh la.Aku rasa bertuah kerana dapat berpeluang berlajar,menguna,kenali,dan juga merasa.Walaupun aku tak berpeluang untuk jaga swicther (zul yang dapat guna, aku dapat pegang camera video and still je) tapi seronok belajar mengunakannya.Nanti kalo nak cari kerja senang.


"SITUASI HAYALAN"
Bos:Kamu tahu Mcp
Aku:saya boleh guna dan pernah guna tapi saya nak tambah lagi ilmu penggunaan nya
Bos:Kat mana kamu belajar mcp?khusus?
Aku:Tak tuan.Saya belajar semasa saya sedang praktikal lagi tuan.Dah lama dah



bertuah kalau boleh jadi macam tu.Hehe

Cinta??

Apa ada pada cinta?.Kalau nak difikirkan memang rumit.Orang kata cinta tu suci.Betul ke?.aku sendiri pun tak faham.Dan ada orang kata cinta itu buta.

Bagi aku cinta itu luas.seluas pandangan kita.Cinta membawa makna yang sama dengan sayang.Tu yang aku rasa.So bila sayang,semua kita sayang.Sayang kepada yang Satu,kepada Nabi Muhammad,ibu bapa kita,adik beradik kita,sesama manusia, binatang, tumbuhan, dan semua benda ciptaannya.

Dan bila sebut pasal cinta kita mesti ingat kepada pasangan kekasih.Itu salah.Sebab seperti yang saya cakap tadi cinta itu luas.Aku nak cakap lebih-lebih pun tak guna sebab aku pun belum sampai ke titik terakhir cinta.Selalunya kalau bercinta bukan semasa kita belum berkahwin,bercinta lah sampai ke akhir hayat.(FUH!! gempak gila aku..Dah macam pakar motivasi).

"pengalaman mengajar kita untuk lebih tabah dan sabar dengan dugaan yang akan kita hadapi nanti"

Semakin hampir

Detik yang aku tunggu selama ini..Kali ini bukan kemungkinan besar dah.Akan menjadi realiti.Begini ceritanya..Mara(pinjaman) akan memberi wang selebih nya kepada peminjamnya(duit last untuk cukup jumlah pinjaman).So aku dah wat kira2 dan setelah di kira dengan teliti,peminjam2 mara ini akan mendapat lebih kurang seorang RM3535.Tu yang menjadi seronok.Aku bertambah seronok sebab impian aku untuk memiliki DSlr Sony alpha 200w akan tercapai.Tambahan pula dengan duit itu juga aku boleh wat lesen kereta.Aku dah tak sabar lagi.kalau duit tu dapat hari ini(konon la),aku akan trus beli tanpa menghirau kan kata orang lain.

Ehh..tak boleh gak.Aku kene tanya pendapat keluarga terlebih dahulu.Sebab mereka adalah segalanya.
Aku rasa pasal lesen kereta tu, mereka tak akan membantah.Tapi yang menjadi masalah pasal DSLr.(harap2 mereka mersetuju).

Kemungkinan Besar.

Ini mungkin jangkaan sahaja.kalau tiada rintangan kemungkinan hujung bulan 4(april) aku mungkin akan memiliki SONY Alpha 200.Jika dahulu aku pernah berkata hendak membeli camera digital.Camera tu aku dah lama beli.Sekarang ini aku target DSLr SONY.Itu adalah DSLR idaman aku.Harga nya berpatutan.Dalam Rm2100.Yang menjadi idamannya sebab dengan harga yang sebegitu rupa aku akan mendapat 2(dua) lense(18-70 ngan 75-300).Tu yang best nya.Itu pilihan pertama.Yang kedua Nikon D60.Lense dapat 1 je(18-55).Tapi harga still dalam lingkungan Rm2000.Sekarang ni dalam dilema.Mana satu yang lagi bagus.Tapi dalam hati ku berkata Sony Alpha menjadi pilihan.Tah la.

Tapi aku hairan jugak,orang kata la..sony tak bagus,nikon lagi bagus.Bagi aku tak kira la ape jenis kamera pon.Asal ia memenuhi kehendak kita sudah.Bak kata kawan aku."kalo kamera mahal,gempak,canggih macam mana pun,kalo tak pandai guna,apa kurangnye kan,baik pakai kamera telefon".Itu la kata beliau.Azam aku bila sudah memilikinya,aku mahu memeriahkan lagi industri photography ini.

Menjadi hairan!!

korang nak tau ape yang menjadi hairan pada aku.kenapa ye sekarang ni ramai rakan2 kite(bdk KPTM bach 7/2006) dah ada blog.Milo(Aidil Amri) pun dah ade blog.Bukan nya apa disebabkan korang la aku sekarang dah terpengaruh kembali ngan blog nie..dulu aku ade 1 blog tapi tak aktif la.Jarang update.So sekarang ni dengan azam yang baru aku akan cuba berjinak kembali dalam industri blog ini.

phantom.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...