Selasa, 6 Disember 2011

Ayam masak kicap blackpepper

Hah..malas la nak cite banyak..Nama resepi ni aku beri nama AYAM MASAK KICAP BLACK PEPPER



OK kat sini gak aku akan bagi resepi dia..simple je..orang bujang macam aku pun boleh masak

Bahan2
-Ayam (tak kisah la berapa banyak korang nak)
-Bawang besar
-Halia
-Kulit kayu manis
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkeh
-Kicap
-Sos Black Pepper
-Kentang
-Cili blender

Cara - cara masak
1-Goreng ayam separuh masak dan asingkan apabila dah masak.
2-tumis bawang besar,halia,bunga lawang,bunga cengkeh dan kentang.goreng sampai rasa berapa lama korang nak.
3-lepas dah garing korang goreng masuk cili blender,sos black pepper dengan kicap.masak sekejap dan tambah air.supaya tak kering sangat.
4-masuk ayam yang di goreng tadi dan masak sampai kuah tu kering sikit
5-dah siap..

Senang kan...aku pun boleh buat..tak kan korang tak boleh buat..OK..selamat mencuba!!!

Chow!!


BANNER BARU!!!

Asalamualaikum dan salam 1 malaysia..semoga sihat2 semua nya..ok tak lama lagi kita akan menyambut tahun 2012.. so untuk permulaan nya bagi menyambut tahun baru ni..ni dia..wajah baru Banner blog aku..


* yang bercorak batik-design lama

* yang bercorak warna warni tu design baru 2012


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 4 Disember 2011

Lata Pulau Chekas

Asalamualaikum..Ok mesti korang peningkan..sekejap lata sekejap pulau..pe ni...ok ni memang nama dia..Lata Pulau Chekas..ia merupakan lokasi air terjun di daerah Raub,Pahang..




Kalau dari Kuala Lipis, jarak perjalanan ialah 35km..tapi itu baru jarak ke simpang nak ke Pulau Chekas..Dari simpang tu ke air terjun dalam 14 km..


Best kot!!!

Chow!!

Jumaat, 2 Disember 2011

Punca ketagihan Facebook


Asalamualaikum dan selamat malam.Ok ape yang kita nak bincangkan adalah berkenaan dengan ketagihan Facebook.Ape yang menyebabkan kita terlalu ketagih ( macam aku sekarang ni ).


Ok di sini ada beberapa faktor dan sebab kenapa kita terlalu tagih dengan facebook ni.

1-Si Peng''online merasakan dirinya seperti artis,terlalu popular.Jadi dia HARUS membalas segala status-status,comment-comment rakannya

2-Ingin mencari kekasih/BF/GF..( macam aku je ..hehe ).Merasakan diri terlalu "single" sehingga menggunakan laman ini untuk mencari pasangan..tak salah.

3-Ingin berkongsi sesuatu.Ya itu memang tak sah lagi..kengkadang tu kalau benda yang baru mesti kita nak bagi tahu rakan2 kita..tapi yang hairan nya benda tu tak lah semegah yang di sangkakan..

buat masa ni aku dapat detect tiga ni saja dan di sebabkan tiga ini la..kita..

1-malas bekerja/belajar
2-tidur lewat malam
3-jadi pelupa
4-lambat bayar broadband
5-kerja tak pernah siap
6-hilang fokus
7-lambat bangun pagi
8-hidup dalam dunia maya
9-bangun tidur terus FB (facebook)
10-jadual makan tak teratur
11-punca penceraian
12-punca pergaduhan
13-punca perpisahan
14-tayar motor pancit
15-minyak kereta habis
16-kena saman polis
17-kena masuk mahkamah
18-tua sebelum usia
19-obesiti/kegemukan
20-sakit jantung

ambik la iktibar..nak bersosial itu boleh . tak siapa menghalang. tapi mesti tahu batas-batasnya..jangan di sebabkan facebook ,semuanya tak berguna lagi (peribahasa pening).

Chow!!

Tips hilangkan rasa mengantuk tahap DEWA


Pasti semua orang pernah mengalami masalah mengantuk terutamanya ketika bekerja @ belajar. Malah ketika memandu juga ada yang mengantuk. AWAS! ini bukan sahaja membahayakan nyawa anda sendiri tetapi juga nyawa orang lain. Mengantuk berpunca dari pelbagai sebab antaranya kerana tak cukup tido, kurang minat dalam sesuatu perkara yang kita lakukan, persekitaran yang tidak menarik, penat dan pemakanan. Untuk mengatasinya cuba anda amalkan tips berikut:

  • Tido secukupnya..secukupnya tu tidak bermakna lama yer..anda haruslah pastikan tido anda itu berkualiti walaupun sekejap.
  • Tanamkan minat ingin tahu @ ingin mencuba dalam segala yang dibuat tidak kiralah ketika belajar @ bekerja. Bila minat ada kita pastinya melakukan dengan khusyuk & bersemangat.
  • Pastikan anda jadikan persekitaran anda yang terbaik. Contohnya bilik belajar/meja kerja anda tidak bersepah tetapi tersusun rapi. Bila sejuk mata memandang anda juga akan lebih bersemangat bekerja/belajar
  • Minum air banyak-banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Pasanglah lagu yang anda minati..pakailah headphone @ earphone yer supaya anda tidak mengganggu rakan anda yang lain
  • Jangan melakukan sesuatu kerja itu dalam tempoh yang lama tanpa henti..berhentilah berehat dalam 5 minit sambil berjalan-jalan @ berbual dgn rakan anda. Percayalah kerja anda lebih berkualiti & berhasil andainya dilakukan sambil ada gap-gap waktu rehat diantaranya disamping anda tidak mengantuk
  • Tiap-tiap pagi sebaik saja bangun dari tido tengoklah pokok-pokok yang menghijau.
  • Sebelum memulakan tugas/belajar luangkan sedikit masa untuk melakukan senaman ringan.
Selamat mencuba!! semuanya teramat mudah & tidak melibatkan kos yang tinggi..INGAT..rugi andainya anda mengantuk..banyak kos yang melepas.

Chow!!

Khamis, 1 Disember 2011

Tips nak hilangkan rasa bosan

Ok kat sini aku nak kongsikan cara-cara nak hilangkan rasa bosan


1-menyanyi tanpa hiraukan apa orang nak kata.biarlah orang kata gila ke,nyanyuk ke,janji hati kita puas.

2-kacau orang sampai boleh menimbulkan pergaduhan

3-layan video atau movie.tak kisah lah Kpop , hindustan atau pun mtv.Bagi movie pulak,layan jelah movie apa yang ada walaupun dah tengok 10 kali.

4-pergi jejalan dengan kawan atau pun dengan Bf/Gf.

5-main game pc ,psp, handphone.

6-bersukan.


Tapi jangan la buat kerja-kerja tak berfaedah pulak.macam merempit,bergaduh or seks bebas..tak elok buat benda-benda macam tu.memudaratkan diri.


Buat masa ni,itu jelah yang aku lakukan untuk hilangkan rasa bosan ni.kalo korang ada cara lain,share share la dengan aku..mana la tau boleh lakukan ke..papahal comment dan follow aku k..


Chow!!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...