Isnin, 28 November 2011

Sakit gigi..waaa!!!


aduh sakit nye...oh..asalamualaikum dan selamat selamanya..Dah makan?kalo dah makan bagus la..rasenye xda benda yang special pon..Ia berkenaan dengan gigi aku ni yang sedang sakit..


Korang mesti pernah rasa macam mana sakitnya kan..menyengat-yengat..Ni pon dah sampai sakit kepala dah..aduh rase nak cabut semua dan buat gigi palsu..habis cerita..

ok kat sini aku nak kongsikan cara nak hilangkan sakit gigi..( aku pun nak follow gak..aduh...)

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

chow!!

*walaupun gigi yang sakit tapi nak mengarang tu sampai dah tak da mood...


Ahad, 27 November 2011

Final result

Assalamulaikum dan selamat malam..(sebab duk update time malam).ok apa yang aku nak kongsikan kat sini tentang berat badan aku..


Korang mesti ingat lagi pasal berat badan aku dulu kan..104kg!!..OK...dalam sebulan yang lepas aku ada minum satu produk.namanya D apple fiber.Dalam tu ada 15 paket je..sehari 1 paket aku pakai..korang nak tau berape berat badan aku sekarang..100 kg dalam masa 15 hari...WHAT??!!..


Korang mesti tak percaya kan..hehe..next month aku nak beli lagi sekotak..mission aku nak turunkan berat badan sampai 90kg dan nak pakai seluar saiz 37..itu mission aku..


Harap2 berjaya mission aku ni.korang semua doakan ye.hehe..


Chow!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 24 November 2011

Penat penat penat


Asalamualikum kengkawan sekalian..hari ni boleh di katakan hari yang paling memenatkan sekali. Hari ini aku di suruh untuk membantu menampal sticker signboard di bengkel.Panjang signboard tu 16.5 feet x 3 feet (korang semua boleh bayangkan tak).


Kami ( time tu ada 2 orang termasuk aku ) terpaksa siapkan, katanya orang yang order tu nak petang ni. Tapi aku berani jamin orang tu tak ambik lagi hari ni..esok atau lusa baru ambik.Kami start pukul 3 petang habis pukul 7.38 malam..

Lutut ni bagai nak tercabut rasanya.huh..penat tak payah cakap la..tapi adat bekerja la..mesti ada penat..Yang buat aku strees nya bukan pasal menampal sticker tu tapi dengan kepala aku.Dari pagi tadi pening + sakit kepala + sakit gigi..pergh skali attack 3 benda daa..tu yang jadi tak tentu arah tadi..

huh malas nak cerita kalo cerita pun aku sorang yang rasa penatnya kan..
hehe

Chow!!


Selasa, 22 November 2011

Secret admire

Asalamulaikum kengkawan sekalian..Malam ni tak da benda special nak di ceritakan tapi ada benda nak di kongsikan kepada semua..


Ia berkenaan aku punya secret admire.Nama nya Fazrah.Dia ni muda lagi tapi bagi aku dia sangat matang dan manja..


Sebenarnya dia dah tahu aku sukakan dia tapi takda feedback lagi..Kalau da jodoh,she be my girlfriend but kalo tak just be my secret admire la...sebenarnya aku dah banyak admire kat beberapa gadis@perempuan tapi bila aku terangkan keputusannya bertepuk sebelah tangan.Itu yang buat aku takut untuk luahkan apa yang tersirat dalam hati ni..(asal malam ni aku touching sangat ni..hehe..)


Kalau si fazrah ni setuju menjadi girlfriend aku...aku la orang yang paling seronok sekali dan korang semua tak akan aku lupakan...


*kalau kami ada jadoh dan kami couple,nanti aku akan kongsikan kat korang semua...


Chow!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 21 November 2011

Aku update blog guna android..

Hai..asalamualaikum korang..ok skang ni aku try update guna apps kat android..lepas ni lagi bertambah giat la aku update blog aku ni


Selalunya aku akan update pada waktu malam ( sebab siang kerja..xdpt nk update la ).


Kepada yang ada android dan ada blog..bole lah download apps blog ni kat market..free je..hehe


*sorry xda gambar nak post.sebab tak tau nak upload gambar guna android..


Chow!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

2NE1 - I AM THE BEST [HD]

Halo2..kepada yang tengah bosan skang ni macam aku,meh layan 2ne1 ni

OH MIMZY I LOVE U!!!!

Ahad, 20 November 2011

Samzy Fuzette Dan Shaheizy Sam

Assalamualaikum reader..Ok Apa kaitan mereka berdua ni..Sebenarnya aku pun baru tahu ni..(thanks to ohartis.com).Mereka berdua ni adalah adik beradik.Samzy ni abang kepada Shaheizy Sam ( Sam ) dan abang kepada Zizie Ezette..Mesti korang tak percaya kan..


*korang agak2 la Kepala si Samzy ni sama gila-gila ngan Sam tak..kalau sama mesti kelam kabut kan..
*kepada gegadis kat luar tu jangan nak mengatal dengan si Samzy sebab dia ni dah kahwin.

"Samzy bersama wife dia"




" Shaheizy Sam"

*credit to ohartis.com
*Agak-agak la kalo Abang Sam ni berlakon,Sam leh cari makan tak?..tepuk dada tanya selera

"Dah bace nanti tolong follow saya ok..terima kasih"

Chow!!


Yana Samsudin Bercinta lagi??What??!


Apa Kak Yong bercinta??or Apa Anje bercinta??..Hah..korang mesti kenal artis ni kan..Yana Samsudin.Pelakon untuk cerita Bini-biniku gengster..Aku terbaca satu artikel kat internet ni (oh artis.com),yang si Yana ni bercinta dengan adik kepada seorang artis lelaki..


Dulu beliau pernah di gosipkan dengan pengarah/pelakon Pierre Andre..Tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya..

Tapi aku tak kisah dia nak bercinta ngan sesiapa pun sekali..setiap orang ada hak masing-masing..

* Yana oh yana, why yana??
* Credit to ohartis.com

chow!!!

Jumaat, 18 November 2011

Tablet oh Tablet

Skang ni teknologi dah bertambah maju dan semakin meninggalkan aku..betul..dulu aku ikut perkembangan teknologi ni..tapi time blaja kat kolej dulu la..Sebut pasal tablet ni, dah macam2 brand keluar, blackberry playbook,samsung galaxy tab,ipad2,iconia,motorola xoom,csl mi700 droidpad..tak terkata banyak nye..

skang ni aku duk survey tablet.aku tak kisah sangat pe brand die. Yang aku pentingkan performance dia..kalo performance die bagus dapat bersaing dengan produk yang berjenama skali pon...aku akan beli..

rungsing memikirkan dan penat pilih yang mana satu..korang rase ape yang best..susah nak cakap kan...

Huawei S7

Motorola Xoom

CSL Mi 700 Droidpad

Acer Iconia Tab

Samsung Galaxy Tab

Ipad 2

Adakah ia berhasil??


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...MALAYSIA BOLEH!!!..hehe..Ape yang nak aku cerita kan pasal kali ni ialah pasal berat badan aku..


korang ingat lagi tak post aku yang dulu..aku pernah katakan yang berat aku dah mencecah 104kg..dan aku juga dah bagi tau akorang semua pasal produk yang aku pakai tu,D Apple Fiber..korang nak tau berat aku berapa sekarang...dan 101kg..TURUN 3KG BEB!!!..wah aku terkejut giler and happy sesangat..

harap2 kalo aku habiskan produk ni nanti berat badan aku akan mencecah 90kg..target aku di antara 85- 90 kg..harap2 impian aku berjaya..kalo berjaya aku nak belanja diri aku makan yang best2..heheh

chow!!

Akhirnya aku memilikinya



Assalamualaikum reader!!!..hahaha..cam kuang ajaq kan dengar.OK..
apa yang nak di kongsikan disini adalah..AKU DAH ADA KERETA!!!..kereta biasa je..Kereta Kancil 850ex manual je..


Asalnya kereta ni ayah aku punya..(atas nama dia la)..Ayah aku de 2 kereta , 1 toyota vios dan 1 lagi kancil..Katanya kancil ni untuk mak aku..Tapi mak aku tak suka sebab kereta ni pakai gear manual..

So sebulan yang lepas ayah aku order kereta baru..tapi 2nd hand je..kereta kelisa special edition..kereta tu pun ayah aku baru nak gi ambik (jap lagi ada la kat depan umah )..hehe..Akhirnya kereta kancil tu dapat kat aku..lagi pon ayah aku cakap lagi 2 tahun je nak habis bayar..kalo dah abih bayar nanti ada la modal nak beli kereta baru nanti..yelah boleh jadikan downpayment...aku pun setuju je...alah 2 tahun..pejam celik pejam celik habis bayar,lepas tu nak pakai kereta apa pun boleh..

dalam kepala otak aku dah macam2 aku pikir nak modified kancil tu nanti..
hehe..seronok dowh...

*gambar macam hebat buat drift..padahal..stop and ambik gambar...hehe..nice kan
chow!!

Khamis, 17 November 2011

skate to action_SS Studio™

Aku rase dulu dah pernah post pasal Production aku ni..Tak pe aku bg tau balik.SS studio ni singkatan dari Saiful Shahrizan Studio.Saiful tu aku dan Shahrizan ni adik aku.Kitorang time tu tengah bosan,tak tau nak buat pe.Last last aku cadang nak shooting.Adik aku terus on


Video ni bergenre Action Comedy.
korang layan jelah.harap korang sume terhibur..

chow!!

mocca - Telephone

Ni la lagu yang aku cakapkan.Mocca band dari indonesia..Best woo..layan beb.
"walau pon malam ni bola sepak sukan SEA ,Malaysia VS Indonesia ,itu bola punya hal..lagu lain cerita..aku support semua jenis lagu..

chow!!

New Project - D Apple fiber


Korang mesti ingat ini experiment or project rekacipta aku macam yang dulu2 tu kan..tak ..D apple fiber ni bukan nye robot. Ia merupakan makanan tambahan yang membantu menyingkirkan lemak kat perut aku ni tambahan ia mengatasi masalah sembelit (aku mana ada masalah sembelit)..


Kata produk tu dengan pengambilan sehari sepaket ( lepas makan malam ) lemak tu akan di buang apabila kita gi buang air besar.Yes ia memang terbukti,pagi-pagi lagi dah nak membuang...tapi skang ni aku tak tau la berat aku berapa...last check berat aku 104kg!! WTH!!!..tu yang aku nekad nak turunkan balik..lagi pon aku makan dah control kembali..kalo tak dulu makan mesti bertambah..tapi skang ni apa yang aku ambik itu jelah yang aku akan makan...aku makan tak de pantang larang,cuma kuantiti dia kurang dari yang biasa.

Produk ni juga mengandungi epal organik fiber dan kolagen. So ia merupakan produk yang bagus gak la..

Skang aku dah pakai 6 paket..dalam tu ada 15 paket je..habis je produk ni aku nak timbang balik..kalo kurang next month aku beli lagi..rase dia pon sedap la weh..macam jus epal je..

*nanti aku akan bagi tau perkembangan dari masa ke semasa pasal berat badan aku ni..
more info korang leh gi web site ni.


kat paper pun dah banyak keluarkan iklan pasal produk ni..

chow..

Shopping shopping shopping!!!


Asalamualaikum..Selamat petang..Tadi lepas je balik kerja terpikir macam nak beli sesuatu..tapi tak tau ape..then bile dah round punya round akhir nye aku beli barang-barang kelengkapi diri sendiri..


-Wax Gatsby
-Perfume Generics inspired by CK One
-Deodorant NIVEA - Cool Kick
-Follow Me Cleanser - Oil Control + whitening.

Total semua=RM 42.00.

*Kalo Sebulan sekali boleh la..tapi tiap2 minggu nak beli mau kayap di buat nya..

chow!!

Rabu, 16 November 2011

Aku dan K-Pop

Kat sini aku nak kongsi K-pop idaman hati aku..Kebanyakan nya dari group perempuan..tapi aku tak memilih...lelaki pon ada jugak..maklumlah lagu diorang best..tambahan lagi kalo dengar time bawa kereta ngan naik motorsikal..memang layan..

Senarai teratas adalah group paling aku suka

2ne1


Dianggotai oleh 4 orang bermula dari kiri Park Bom,Dara,CL dan Mimzy.( aku suka mimzy..i love u mimzy). Lagu Hits diorang Fire,Ugly,I am the best,Lonely,Follow me, Can't nobody...uih banyak la lagu yang aku suka..maklum la..first group girl yang aku minat..MIMZY!!!


Girl Generation (SDND)


"Yang ni aku tak follow sangat perkembangan diorang tapi muzik dia memang hits.Antara nya Gee,Gee Gee..herm..aku dah lupe tajuk lagu la..hehe jangan marah.."


Brown Eyed Girls


"lagu diorang ni pon mantap gak..kena la ngan body diorang gak mantap...lagu yang hits bagi aku Abracadabra..best woohh.."

Sebenarnya untuk group perempuan ni banyak lagi yang menarik tapi skang ni aku nak list kan Group lelaki pula


Teen Top


"Sebuah group yang baru di tubuhkan dan lagu diorang memang mantap..sampai terasa nak menari la..lagu hits- Supa luv dan No more perfume on you"


Super Junior


"Diorang ni semua adik beradik dengan Girl Generation..tak de lah..tak de kene mengena ngan Girl Generation langsung..Musik diorang ade yang rancak ada yang slow..dan hampir kesemua lagu mereka BEST!!..lagu hits- Sorry sorry,Bonanama,Mr.Simple dan banyak lagi "

BigBang


"Boleh di ketegori kan sebagai group pilihan aku jugak..Banyak lagu best..Lagu hits-hehe..tak ingat tajuk la..nanti aku research la..tapi sesape yang fanatic BigBang mesti tau lagu ape yang hits kan..."

Begitu la group lelaki ngan perempuan..dan aku percaya banyak lagi yang best-best kan..Ni antara yang terbaik bagi aku.."

Chow!!!







Musik Dan Tenang




Assalamualaikum..Hah kat sini aku nak kongsi lagu tenang bagi sesape yang tengah frust ngan BF or GF,yang tengah tension pasal kerja ,pelajaran,cinta. So ni beberapa lagu yang best di layan


Mocca-Friends




"Mocca band,band ni berasal dari indonesia ber genre slow alternative rasenya..(sorry kalo salah) dan tajuk lagu friends ni memang best.kalo tak percaya korang semua boleh download lagu dia or search at youtube.. confirm korang akan jatuh cinta dengan lagu ni.."


Static - Cherita kita
Static - Dia




"Static band sebuah band indie malaysia.Aku dapat tahu dari adik aku..Yelah dia ikut perkembangan band-band indie ni..Music dia memang best kalo nak layan.Hampir semua lagu best,tapi pilihan hati aku ni la Cherita Kita and Dia.Rugi la kepada sesape yang tak layan"


Najwa Latif - Cinta Mukabuku
Najwa Latif - Carta Hati



"Artis yang makin meningkat nama dan sedang naik.Mempunyai tone suara yang unik yang membuat aku tertawan..Najwa latif...(muka pun cute..hehhe)"

Sebenar nya banyak lagi lagu best untuk di layan..tapi buat masa ni itu dulu la..nanti kalo ade lagu best aku akan kongsi kepada korang semua.

Chow!!!

Selasa, 15 November 2011

Anak Kucing 2011

Hai Halo Hello Assalamualaikum..hehe..Ni adalah anak kucing 2011..hehe seronok tak terkata...Harap2 yang 2 ekor ni tak jadi macam yang sebelum-belum nye la...( mak suruh bagi kat orang..tak larat nak jaga ).

Cik Merah

Cik Tam
.

*dua-dua betina sape ade kucing jantan meh le..tapi kasi besar dulu la baru boleh project!!!..hehe

chow

i will be active again


Assalamualaikum..Hai follower aku ( rase nye baru sorang )..dan kengkawan yang baca.Alhamdullilah hamba masih bernyawa lagi hingga ke hari ini..

So sorry bebanyak kerana tidak update blog saya ni..maklum lah busy sikit..Tapi mulai hari ini hamba akan mula aktiff seperti dulu dengan post-post yang menarik..

chow!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...