Rabu, 1 Disember 2010

YSS absober GP untuk di jual

hola..hai..kat ni aku nk jual la barang ni..Aku baru je pakai bulan 6 hari tu..condition masih baik..

Sebab nak jual, absober ni terlalu racing bagi aku.Keras sikit dari biasa.Time ambik corner korang jangan risau..sangat lekat sehingga boleh mencecah pedal bawah..

aku nak jual sebab tak sesuai tuk jalan jauh..Dari tersadai kat stor, baik aku jual..
so sesiapa nk just call aku..No ada aku letak kat blog ni..no celcom Ok!!

aku letak harga 170,harga asal 190...masih boleh di rungding harganya...
serious buyer only ok..



macam ni la.. kalo tak caya, tgk kat previous post aku "post Baru lepas basuh,last gambar"...

Sabtu, 13 November 2010

Baru Lepas Basuh


saje nak berkongsi my ride.LC ni baru je beli. Tak salah aku dah dekat 5 bulan kot.Second hand je.Tapi aku puas hati sebab orang yang jual ni tolak motor dia kat aku dengan harga 2200.Sape yang tak nak kan..hehe..so aku ambik jelah.Performence still tip top,sebab tuan yang lame tak kacau enjin (standart). Aku cume tambah RB fork stabilization , RB chain tensioner ,YSS rear gas absorber , RB Brake disk , Rear mudguard (modified 125Z)..hehe..sticker asal aku cabut sebab banyak yang calar ngan rosak. so aku tampal sticker lain (tak nak nampak kosong sangat).

so next stop aku bile aku dapat maxxis diamond 80/80, 90/80 depan belakang, custom cover-set, exzos nob1 triovale ss , koso meter,CBR rear lamp, dan CDI racing (jika perlu).hehe

Ciow!!

Jumaat, 12 November 2010

Cara cara kalau korang dalam keadaan yang memalukan

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Mengelabah betul lah singa ni..


"Dapatkan sekarang kerana ia akan membuat rambut anda lurus dan lembut seperti singa"

New Hobby New Activities





haha..pelikkan ape yang aku buat ni..ni merupakan aktiviti aku di waktu petang baru2 ni.aku dah start lebih dr 4 hari dah..hehe mula-mula tu bergegar jantung aku kena push,sampai merah muka aku.mana tak nye dah lame tak bersenam.hehe..tapi skang alhamdullilah hari makin hari aku makin seronok ngan aktiviti aku ni.

Selasa, 9 November 2010

Top 5 PSP games 2010

Parasite Eve: The 3rd Birthday
MLB 10: The ShowValkyria Chronicles 2
Metal Gear Solid: Peace Walker
Resident Evil Portable

Asal usul gula-gula getah

Menurut sejarah Greek purba, orang-orang Greek juga mengunyah resin pokok yang diperolehi dari pokok mastik yang tumbuh di Turki dan Greek. Mereka memanggilnya gula-gula getah mastik. Ia digunakan bagi mencuci gigi dan menyegarkan nafas. Ia juga boleh didapat di Timur Tengah. Menurut catatan, orang-orang Indian di Tengah Amerika juga menguyah cairan daripada pokok spadilla lebih daripada 1000 tahun dahulu.

Pada tahun 1848 bermulalah gula-gula getah ini diperkilangkan secara komesial oleh John B Curtis dan abangnya. Setelah meraih banyak keuntungan mereka telah mengalihkan kilang mereka dari Bangor ke Porland dalam tahun 1850. Antara perasa yang di hasilkan ialah "White Mountain, Biggest and Best, Four-in-Hand, Sugar Cream dan Licorice Lulu". Pada tahun 1871 Thomas Adams dari New York telah mengeluarkan gula-gula getah secara pengilangan menggunakan mesin. Beliau telah menambah perasa pertama di Amerika dengan pangilan Black Jack. Gula-gula getahnya telah mendapat sambutan hangat

16 kegunaan lain ubat gigi


Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini aku dapat melalui Isuhangat.

1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

Selasa, 26 Oktober 2010

Homemade Air Conditioner

halo2..hah ni plak hasil kerja aku yang ke-3,Homemade Air Conditioner.Aku wat research kat youtube.Macam-macam la idea aku dapat kat situ.Konsep dia mudah je.Sila lihat gambar rajah di bawah

kipas tu akan menyedut udara panas dari bawah ,melalui ketulan-ketulan ais dan mengeluarkan udara sejuk diatas.So ais-ais yang cair tadi akan bertakung di bawah.mudahkan konsep dia.

Project yang dah siap dengan sedikit modifikasi





*tapi kekuatan angin dia tak kuat sangat,Ia bergantung pada saiz kipas dan kekuatan kipas menarik udara sejuk keluar.Papahal ia menjadi.

chiow!!!!

Ahad, 24 Oktober 2010

Homemade USB WIFI Antena

Halo2...ni plak merupakan hasil kerja aku yang kedua.Kalo di ikutkan wifi antena ni dah masuk hasil reka cipta yang ke 3.Ini merupaka rekacipta yang paling latest.Kebanyakkan info aku dapat melalui Youtube.Thanks Youtube..






Homemade Speaker Box

hah..halo2..ini adalah merupakan hasil kerja aku yang pertama,Homemade speaker box.Banyak aku research kat website terutama Youtube.hampir seminggu aku buat research dan akhirnya aku telah berjaya membuatnya..

wajah dari depan


pendawaian


sambungan terus ke woofer


pandangan sisi

Sedap Sampai Licin


haha..halo2..korang suka tak laksa..pergh...rugi la kalo sapa2 yang tak suka laksa ni..dia bukan sahaja mengenyangkan dan sedap tetapi mengandungi banyak zat2 yang terbaik untuk badan.Tambahan pula rendah kolestrol...thanks mama cuz make laksa this day..Superb!!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

Aku Nak Bergiat Balik

halo2..terima kasih kerana still menunggu dan membaca blog aku ni.Kali aku nak cerita pasal apa yang nak di ceritakan..Camni 2 3 hari lepas aku rasa macam nak melukis manga/comic balik je..dah puas aku asah balik bakat terpendam aku..hampir 2 minggu juga la..alhamdullillah,kini jari-jemari ku kian pulih untuk melukis semula..tapi yang menjadi masalahnya,idea pula xda..ARGHH...tension aku di buatnya..lukis tu x kena,lukis ni x kena..ada je problem...aku teringin sangat nak publish hasil keja aku untuk tatapan semua..erm..harap2 2 3 hari lagi ni ada la idea nak lukis manga ni..hehehe

chiow!!!

Selasa, 19 Oktober 2010

New Banner!!

Hahaha..dah tiba masanya aku edit banner aku yang lame tu....bukannye banner lame tu tak lawa,tapi cuma di beri nafas baru....heheh


banner baru...

Bosan tahap melampau..

Assalamualaikum...dah lame x update blog ni..hehe..untuk tantapan semua lelaki di luar sana,sama-sama kita fikirkan semula yer....

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bulan yang mulia sudah tiba

Assalamualaikum..akhirnya tiba jua bulan yang penuh keberkatan ni.walaupun dah masuk hari ke 11 tetapi ia penuh bermakna..Ni adalah karya di waktu ramadan.



"bosan giler sampai tau nak wat pe"

Isnin, 24 Mei 2010

aku masih ingat..

asslamualaikum,salam sejahtera kepada pembaca di luar.Sorry bebanyak sebab lame tak update aku puny ablog.Maklumlah busy and tak da internet kat umah.Tapi skang ni aku dah bergiat baik dengan dunia internet ni.

itu lah bukan aku dah lupa pada dunia blog ni, ini kerana disini lah tempah aku nak luahkan perasaan,artwork dan sebagainya.

tak lama lagi celcom ada buat satu telematch antara branch di dalam central region(area Kl ngan Selangor) kat taman tasik titiwangsa pada 30 mei (ahad).Marilah beramai-ramai memeriahkan.Aku tak masuk apa2 game pon, sebab mission aku nak ambik gambar,tapi ade open game aku masuk la contoh tarik tali.

so nantikan gambar dari aku yang membuat anda semua terpegun dengan kecantikan frontliner celcom.chow!!

Khamis, 28 Januari 2010

Kerja3

alhamdullilah..akhirnya dapat jugak aku keje..terima kasih pada Ahmad hud.Baru je masuk awal tahun ni.

Sorry la dah lame x update blog ni.Maklumlah internet xda kat umah...so memang mengharapkan duit je lah untuk online.

Hari ni adalah hari yang cukup gembira sebab yelah kan dah masuk payment.Tu yang dah plan macam2 nk beli.Tp x boleh nak heaven sangat.Gaji first...mana la bnyk sangat.Tunggu bulan 2 punya payment..baru la happy.

Mengenai pasal kerja ni, skang aku keje kat Celcom kat pekeliling branch sebagai temp. clerk...Erm boleh la..janji lepas ni harap2 diorang tawarkan aku contract tuk keje..

erm tu je lah kot pembuka kata bagi tahun 2010 ni..
chiow!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...