Jumaat, 2 Disember 2011

Tips hilangkan rasa mengantuk tahap DEWA


Pasti semua orang pernah mengalami masalah mengantuk terutamanya ketika bekerja @ belajar. Malah ketika memandu juga ada yang mengantuk. AWAS! ini bukan sahaja membahayakan nyawa anda sendiri tetapi juga nyawa orang lain. Mengantuk berpunca dari pelbagai sebab antaranya kerana tak cukup tido, kurang minat dalam sesuatu perkara yang kita lakukan, persekitaran yang tidak menarik, penat dan pemakanan. Untuk mengatasinya cuba anda amalkan tips berikut:

  • Tido secukupnya..secukupnya tu tidak bermakna lama yer..anda haruslah pastikan tido anda itu berkualiti walaupun sekejap.
  • Tanamkan minat ingin tahu @ ingin mencuba dalam segala yang dibuat tidak kiralah ketika belajar @ bekerja. Bila minat ada kita pastinya melakukan dengan khusyuk & bersemangat.
  • Pastikan anda jadikan persekitaran anda yang terbaik. Contohnya bilik belajar/meja kerja anda tidak bersepah tetapi tersusun rapi. Bila sejuk mata memandang anda juga akan lebih bersemangat bekerja/belajar
  • Minum air banyak-banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Pasanglah lagu yang anda minati..pakailah headphone @ earphone yer supaya anda tidak mengganggu rakan anda yang lain
  • Jangan melakukan sesuatu kerja itu dalam tempoh yang lama tanpa henti..berhentilah berehat dalam 5 minit sambil berjalan-jalan @ berbual dgn rakan anda. Percayalah kerja anda lebih berkualiti & berhasil andainya dilakukan sambil ada gap-gap waktu rehat diantaranya disamping anda tidak mengantuk
  • Tiap-tiap pagi sebaik saja bangun dari tido tengoklah pokok-pokok yang menghijau.
  • Sebelum memulakan tugas/belajar luangkan sedikit masa untuk melakukan senaman ringan.
Selamat mencuba!! semuanya teramat mudah & tidak melibatkan kos yang tinggi..INGAT..rugi andainya anda mengantuk..banyak kos yang melepas.

Chow!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...