Sabtu, 13 November 2010
Baru Lepas Basuh
saje nak berkongsi my ride.LC ni baru je beli. Tak salah aku dah dekat 5 bulan kot.Second hand je.Tapi aku puas hati sebab orang yang jual ni tolak motor dia kat aku dengan harga 2200.Sape yang tak nak kan..hehe..so aku ambik jelah.Performence still tip top,sebab tuan yang lame tak kacau enjin (standart). Aku cume tambah RB fork stabilization , RB chain tensioner ,YSS rear gas absorber , RB Brake disk , Rear mudguard (modified 125Z)..hehe..sticker asal aku cabut sebab banyak yang calar ngan rosak. so aku tampal sticker lain (tak nak nampak kosong sangat).
so next stop aku bile aku dapat maxxis diamond 80/80, 90/80 depan belakang, custom cover-set, exzos nob1 triovale ss , koso meter,CBR rear lamp, dan CDI racing (jika perlu).hehe
Ciow!!
Jumaat, 12 November 2010
Cara cara kalau korang dalam keadaan yang memalukan
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....
New Hobby New Activities
haha..pelikkan ape yang aku buat ni..ni merupakan aktiviti aku di waktu petang baru2 ni.aku dah start lebih dr 4 hari dah..hehe mula-mula tu bergegar jantung aku kena push,sampai merah muka aku.mana tak nye dah lame tak bersenam.hehe..tapi skang alhamdullilah hari makin hari aku makin seronok ngan aktiviti aku ni.
Selasa, 9 November 2010
Asal usul gula-gula getah
Pada tahun 1848 bermulalah gula-gula getah ini diperkilangkan secara komesial oleh John B Curtis dan abangnya. Setelah meraih banyak keuntungan mereka telah mengalihkan kilang mereka dari Bangor ke Porland dalam tahun 1850. Antara perasa yang di hasilkan ialah "White Mountain, Biggest and Best, Four-in-Hand, Sugar Cream dan Licorice Lulu". Pada tahun 1871 Thomas Adams dari New York telah mengeluarkan gula-gula getah secara pengilangan menggunakan mesin. Beliau telah menambah perasa pertama di Amerika dengan pangilan Black Jack. Gula-gula getahnya telah mendapat sambutan hangat
16 kegunaan lain ubat gigi
Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Artikel ini aku dapat melalui Isuhangat.
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
4. Mengilatkan kuku
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.